Latihan 3
1.Jamilah menjawab soalan yang diajukan kepadanya tanpa _________ .
A bergagap -gagap B digagapkan C tergagap-gagap D menggagap-gagap
2.Saya _________ salinan sijil-sijil serta surat-surat penting tentang diri saya dalam surat ini .
A kepilkan B dikepilkan C terkepil D mengepilkan
3.Perompak itu terpaksa _________ penjaga itu sebelum dia merompak .
A terbunuh B dibunuh C membunuh D bunuhkan
4.Pemuda yang _________ dalam mengedar dadah itu telah dibawa ke muka mahkamah .
A melibatkan B terlibat C dilibatkan D terlibatkan
5.Di belakang rumah saya ada se __________ serai .
A rumpun B sisir C timbun D tangkai
6.Beberapa _______ cendawan telah tumbuh di atas kayu itu .
A kuntum B tangkai C buah D kaki
7.Kakak menerima tawaran kerja kerani itu sebagai ________ untuk memperoleh pekerjaan yang lebih baik .
A batu api B batu loncatan C ayam tambatan D serkap jarang
8.kedatangan Menteri Kebajikan ke kampung itu disambut oleh penduduk-penduduk kampung itu dengan ________ .
A ringan tangan B panjang tangan C tangan terbuka D tangan kanan
9.Orang tua itu ________ bila mendengar anaknya mencuri basikal orang itu .
A makan angin B atas angin C naik angin D ambil angin
10.Air tak dapat mengalir _________ longkang tersumbat .
A sebab B tetapi C agar D untuk
11.Separuh_________ murid-murid itu telah melawat ke Angkasapuri .
A dari B pada C daripada D oleh
12.__________ dia berpindah ke bandar , sepucuk surat pun belum dikirimkannya .
A Sungguhpun B Oleh kerana C Jikalau D Semenjak
13.Polis mengejar perompak itu _________ berjaya menangkapnya .
A lalu B untuk C dan D jika
14.Azmi ________ kerana dia gagal dalam peperiksaan UPSRnya .
A hampa B ikhtiar C insaf D seram
15.Mereka ditangkap kerana masuk negeri ini secara _________ .
A hempas B gelap C haram D intai
16.Sebuah kapal telah ________ di Laut Cina Selatan di dalam ribut yang kencang .
A babas B gugup C kabus D karam
17.Ahmad cukup _________ berbahasa Jepun .
A lancar B licin C pantas D kuat
18.Pelanggan-pelanggan yang ramai pada petang itu lari ________ apabila terdengar satu das tembakan senapang .
A berpusing-pusing B sekonyong-konyong C berduyun-duyun D lintang-pukang
19.Kerja yang dibuat beransur-ansur , _________ akan siap juga .
A lambat-laun B terburu-buru C bila-bila D seolah-olah
20.Kakaknya adalah seorang yang _________ daripada segi pertuturannya .
A letih-lesu B jimat-cermat C lemah-lembut D kurus-kering
กก